Soulmate
Hye and assalamualaikum ,
Aku ternampak satu post ni di tumblr, I’m kinda a tumblr-addict anyway. Cerita tentang teman. Bukan niat untuk curi idea si dia, tapi pinjam kata-katanya untuk dijadikan cerita. Inilah kata-kata si gadispianist :
" Dalam hidup ini mesti akad ada sorang kawan yang kau rasa dia bukanlah sesiapa tapi dah macam part of your life, your family, semua cerita hidup kau sampai ke kisah family kau dia tahu.
Waktu kau susah, waktu kau sakit, waktu kau dapat berita gembira ke atau time tu kau tengah menangis sampai taktau nak luah kat sesiapa, orang pertama yang kau cari adalah dia.
Yang hari-hari kau bosan dialah orang pertama yang kau texting,yang kau ajak hang out yang kau rasa tak bestnya pergi mana-mana kalau tak ada dia. Yang kalau keluar pastu terjumpa barang feveret or makanan feveret dia ke mesti kau teringat.
Yang selalu tanya kau dah makan ke belum, sihat ke tidak,pergi mana-mana kasi tahu. Yang selalu beri kau kata-kata semangat walau time tu dia pun dalam keadaan ok tak ok je. Aku tahu.
Yang dah bertahun-tahun tak pernah tinggalkan kau. Yang kalau ada masalah saling kongsi. Yang kalau terasa hati tak pernah lama, yang kalau cemburu tak pernah nak cakap. Sebab masing-masing tahu ada hati perlu dijaga.
Tak ramai orang akan jumpa teman yang macam tu. Bersyukurlah.
Dalam ramai-ramai kawan kau, kalau masih tak terjumpakan, carilah.
Perlahan-lahan. Pasti jumpa. " - gadispianist
Aku terfikir, adakah aku punya kawan sebegini. Kawan yang dah ku anggap seperti keluarga sendiri. Aku masih mencari jawapannya. Bukan senang untuk ku luahkan apa yang terkandung , kerna aku rasa aku tak sanggup untuk bebankan kawan-kawan ku dengan ceritaku, dengan masalahku. Aku takut bila aku gembira ketika dia sedang berdukacita, dan sebaliknya. Dan aku takut aku akan dilabelkan .
Namun, aku pasti di antara salah seorang kawan-kawan ku ialah soulmate ku. Mungkin bukan harini atau esok lusa aku akan jumpa. Mungkin bulan depan, mungkin juga tahun hadapan dan mungkin juga 10 tahun akan datang. Atau, aku takkan jumpa si dia. Kerna waktu tu mungkin aku sudah tiada.
Kepada teman yang sedia ada kini, terima kasih untuk segalanya. Tak mampu ku ucapkan betapa banyak jasa mu pada ku. Dan aku minta ampun atas dosaku padamu.
Buat gadispianist, terima kasih kerana menyedarkan ku supaya mencari teman sebegini.
Aku ternampak satu post ni di tumblr, I’m kinda a tumblr-addict anyway. Cerita tentang teman. Bukan niat untuk curi idea si dia, tapi pinjam kata-katanya untuk dijadikan cerita. Inilah kata-kata si gadispianist :
#thisissodeep
ReplyDelete#iwannafindmysoulmatetooT.T
go find it !!
Delete