Jimba Ria bersama mereka

#Sebelum baca entry ni, sila play lagu Bersama Bersatu. KENA PLAY !

Assalamualaikum :)

Alkisah nya tentang kem … huhuhu

“ Weh, macam mana ni weh …. alaaa taknak pergi lahh …. masa tak cukup dooo , final dah nak dekat …. kau rasa ?”

Haa itulah perasaan mula-mula sebut pasal kem. Dan sampai hari kem tu pun, masih tak percaya yg aku kena pergi kem ni. Well, it’s not about kem jati diri something-like-that tapi ini kem , kem kami. Kem untuk STAMMERS. Kem untuk buat kami mendapat sebuah kejayaan. 

3 Oktober - 4 oktober ; Tarikh keramat , kem ini berjalan dengan lancar.

Perasaan bercampur-baur sepanjang aku berada di kem. Tak suka, sedih, sakit, gembira, gelak ketawa…. semua ada, macam-macam adaa. Yelah mana taknya tak suka, satu sebab keadaan kem tu, dengan biliknya macam kabin and satu sebab lagi bilik airnya, payah lah nak cakap (alhamdulillah masih ada air) walaupun terpaksa mandi dlm bilik air lelaki . Hahahahaha kesian mereka terpaksa tungguu kami mandi lama (sorry guys). 

Tapi, baru aku sedar, mana lagi nak dapat pengalaman macam ni. Entah-entah sekali seumur hidup. Dah lah pulak tu, dengan kawan-kawan yg dah melekat dalam hati ni(dah nak meleleh lah air mata kuu).Walaupun bilik macam kabin, bilik tu masih ada kipas dan lampu, masih ada katil dan tilam, masih ada bantal, dan yang penting masih ada sahabat yg tidur bersama-sama. 

Malam tu aku tidur lambat, dan aku rasa aku orang terakhir yg tidur dalam bilik tu. Masa tu aku pandang sorang-sorang kawan aku yg tengah tidur, dan aku tersedar lagi, mereka ini lah yg tolong aku. Allah pinjamkan mereka untuk aku supaya aku senang belajar, senang bertanya mereka soalan-soalan yg susah dan pinjamkan telinga mereka untuk mendengar keluh-kesah aku. Tapi aku dah abaikan mereka, aku sakitkan hati mereka. Ya Allah… maafkan aku ye teman-teman jika aku ada buat kesalahan padamu secara sedar or belakang belakang ke. Terima kasih :’)

Hanya Allah yg tahu betapa sebenarnya aku gembira sepanjang kem ini berjalan. Kita dah bersatu hati. Tak sia-sia ustaz dan pengurusan program ini laksanakan kem ni. Alhamdulillah syukran jazilan untuk semua yg bertungkus-lumus nak kem ni berjalan.

Walaupun tak sempat nak berselfie dengan diorang, tapi bak kata farisha (kaklong kita) “ You captured all of our moments with your eyes “ masya Allah, secara tak sedar, aku dah abaikan lagi nikmat Allah iaitu nikmat mata. Betul tu farisha, aku saksikan semua kenangan kita semua kat kem ni. Hehehehe.. tapi aku sempat jugak ambil gambar diorang ! Wooha ! Bucketlist tercapai :3




Yg ditepi tu, minta maaf tak nampak, almaklumlah camera kecil and I'm just a beginner .




Inilah jejaka idaman malaya .




Silalah pilih satu. Hahahahahahahah (hilang kejap hafalan aku)




Yg dua orang tu sudah dibasahi kami, jadi mereka surrender dan duduk di luar sungai. Yang dibelakang itulah bidadari stam. Wooha !




Okay, bertudung emas itu saya. Wakaka





Kelihatan mereka sungguh gembira berada didalam air dan tanpa disedari, muka mereka sudah pucat seperti ..... kerana saya berani jamin, air di sungai congkak teramatlah sejuk. Boleh dirasa sehingga ke tulang !




Summary of the two days in Kem Rimba Ria Suara Hutan, Sg.Congkak







Semoga ukhuwah kita antara lelaki-lelaki, perempuan-perempuan dan lelaki-perempuan yg terjalin ni kekal sehingga akhirnya. Kekal sehingga jannah. Kita kan nak masuk syurga sama-sama, jomlah kita pimpin antara satu sama lain. Jangan tinggalkan aku ! 


Sayang korang banyak banyak hihihi :)

Comments

Popular posts from this blog

Page 8

Uni era begin